Klik Untuk Image Besar |
Sebagai bekas Ahli Parlimen Batu Kawan, Huan Cheng Guan kini dihujani panggilan telefon & email dari pemaustatin - pemaustatin bukan saja dari Batu Kawan, malahan dari Bukit Tambun, Simpang Empat, Bukit Tengah & Juru.
Majoritinya dari pelbagai lapisan umur & bangsa kini khuatir akan pembinaan kilang solar. DAP perlu sedar, kita kini bukan lagi di alam maya, malahan alam cyber di penghujung jari kita dengan hanya satu Klik.
Ramai sedar akan bahaya yang menanti dengan pembinaan ini. Apakah kerajaan Negeri tidak sedar akan kemusnahan atau bala yang bakal menimpa? Atau apakah DAP berpura - pura seperti tidak tahu?
Mengapa Lim Kit Siang serta pemimpin Pakatan Rakyat lain yang sering bercanggah pendapat dengan cadangan projek - projek yang menjurus kepada kebajikan masyarakat tetapi pilih untuk berdiam diri dengan projek solar Batu Kawan ini.
Suatu ketika dulu, Lim Kit Siang bertindak membantah pembinaan Jambatan Pulau Pinang serta Jambatan dasar laut yang dicadangkan. Tetapi kini, anaknya Lim Guan Eng bertindak membina Jambatan dasar laut. Mari kita berfikir sejenak mengenai 'Double Standard' parti ini.!
No comments:
Post a Comment